Jumaat, 6 Februari 2009

Tat Buah-buahan

Bahan-Bahan:

Untuk Krim Kastard:
  • 100 gm susu segar
  • 250 gm kuning telur
  • 100 gm tepung jagung
  • 225 gm gula
  • Buah-buahan secukupnya
(untuk hiasan) Untuk Doh Manis:
  • 250 gm mentega
  • 250 gm gula
  • 500 gm tepung
  • 2 biji telur
Cara:

Untuk membuat Doh Manis, pukul mentega & gula hingga kembang. Masukkan telur satu per satu & pukul lagi hingga rata. Akhir sekali masukkan tepung & uli hingga sebati sebelum didinginkan dalam peti sejuk. Ketepikan. Untuk membuat krim kastard, masukkan kesemua bahan krim ke dalam periuk & kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat. Bila sudah masak, dinginkan dalam peti sejuk. Untuk membuat kulit tat, doh tadi dicanai setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat. Kemudian letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil (petty tin) yang sudah digriskan sebelum dibakar selama 10 minit pada suhu 180C. Kulit tat yang sudah masak diisi dengan krim kastard sebelum dihiaskan dengan buah-buahan.

Tempeyek

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 sudu udang kering (ditumbuk atau dimesin halus)
  • 1 biji kelapa (diambil 2 cawan santan)
  • 100 gram ikan bilis besar (dibelah dua)
  • ½ kg kacang tanah
  • 2 sudu air kapur
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu ketumbar (ditumbuk separa hancur)
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara:

Tumbuk ketumbar separa hancur. Ayak tepung beras dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan jintan manis, ketumbar, udang kering, serbuk perasa , air kapur dan gaul hingga rata. Masukkan santan dan garam, dan kacau rata-rata. Sekiranya adunan agak pekat, tambahkan sedikit air. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng dengan nyalaan yang sederhana dan letakkan acuan tempeyek ke dalam kuali supaya panas. Kemudian angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tadi ke atas acuan yang telah dipanas. Kemudian letak kacang tanah dan ikan bilis dan goreng. Setelah garing, angkat dan toskan. Buat begini hingga selesai semuanya.

Cadangan Hidangan:

Sesuai hidangan ketika menonton dan minum petang selain daripada pada hari raya.

Tambahan:

Udang kering boleh digantikan dengan udang geragau.

Walnut Coklat Bulat

Bahan-Bahan:

  • 150 gm mentega
  • 150 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 200 gm tepung halus
  • 30 gm tepung suji
  • 40 gm walnut (dikisar halus) Bahan-bahan hiasan:
  • Coklat masakan (dicairkan)
  • Kacang walnut
Cara:

Putar mentega bersama gula halus hingga ia kembang. Masukkan telur bersama air, putar ia sebentar. Masukkan tepung halus bersama tepung jagung, tepung suji dan walnut. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Canai doh 4 mm tebal. Terap doh dengan acuan bulat atau sebarang bentuk pilihan. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Buat hingga habis doh. Bakar ia pada suhu 180C selama 20 minit. Biar ia sejuk. Ratakan sedikit coklat masakan pada permukaan biskut. Bubuh sebiji walnut di atasnya.

Tat Nanas Segi Tiga

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan kulit:
  • 300 gm mentega
  • 75 gm marjerin
  • 100 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan ayak:

  • 400 gm tepung halus
  • 100 gm tepung jagung
  • 100 gm tepung kastard Bahan-bahan inti:
  • 1 biji epal (dibuang kulit, dibersih, diparut dan disejat airnya)
  • 1 biji nanas (dibuang kulit, dibersih, diparut dan disejat airnya)
  • 150 gm gula pasir
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk pala
  • Bahan-bahan lain:
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
Cara:

Putar mentega bersama marjerin dan gula halus hingga ia kembang. Masukkan telur bersama esen vanila, putar hingga ia sebati. Masukkan Bahan-bahan diayak bersama. Uli hingga menjadi doh. Perap selama 30 minit. Canai doh setebal 5 mm. Terap dengan acuan bulat ukuran 6 cm. Letak sedikit inti di tengahnya. Kemudian lipat untuk menjadikannya tiga segi. Sapu sedikit telur di atasnya. Buat hingga habis doh dan inti. Susun doh di atas dulang pembakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 180C selama 20-30 minit. Untuk membuat bahan inti pula, satukan parutan epal bersama parutan nanas, gula pasir, mentega, serbuk kulit kayu manis dan serbuk pala di dalam periuk di atas api yang sederhana. Masak hingga pekat. Angkat dan biarkan sejuk.

Tat Strawberi

Bahan-Bahan:

  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula halus
  • 300 gm gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Pewarna merah dan hijau 50 gm bijan - bahan hiasan
  • 2 biji kuning telur - bahan hiasan
  • 500 gm strawberi - hancurkan (inti strawberi)
  • 200 gm gula - masak dengan gula sampai pekat (inti strawberi)
Cara:

Pukul mentega dengan gula hingga kembang sedikit masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum gaul hingga menjadi doh lembut. Ambil suku bahagian warnakan hijau dan selebihnya diwarnakan merah. Ambil sedikit adunan merah dileperkan, isi inti dan bentuk seperti strawberi, bentuk daun dengan adunan hijau dan lekatkan pada tampuk strawberi. Sampang dengan telur kuning, tabur bijan, bakar hingga masak.

Snicker Cornflakes

Bahan-Bahan:

  • 150gm Unsalted butter
  • 5~6 Coklat Snickers/Mars
  • 1 kotak cornflakes (separuh diramaskan.Jangan terlalu hancur)
Cara:

  • Masukkan Snickers/mars ke dalam periuk atas api yang perlahan.Ini nak mengelakkan coklat hangus. Bila dah cair sedikit masukkan butter.Cairkan.Sentiasa gaulkan supaya tidak hangus.
  • Setelah cair,masukkan cornflakes.Gaulkan hingga semua coklat melekat pada cornflakes.
  • Tutup api.masukkan cornflakes ke dalam paper cups dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
Tambahan:

Resepi ni memang simple dan sedap.Biskut boleh dihiaskan dengan gula manik atau apa sahaja yang disukai.

Popia Batang Buruk

Bahan-Bahan:

  • 1 paket kulit popia
  • 1 paket tepung kacang hijau Gula halus
  • Minyak masak
  • Putih telur
Cara:

Goreng tepung kacang tanpa minyak hingga kekuningan. Setelah diangkat, campur dengan gula halus dan gaul hingga sebati. Potong kulit popia kecil-kecil dan gulung. Sapu putih telur supaya gulungan itu melekat.Kemudian goreng sehingga kekuningan. Setelah sejuk, campur dengan tepung kacang hijau yang dicampur gula tadi.

Cadangan Hidangan:

Hidangkan pada pagi hari raya untuk 10 orang.

Tambahan:

Elakkan kulit popia terdedah di kawasan kering supaya tidak susah untuk menggulungnya.