Jumaat, 6 Februari 2009

Kuih Siput

Bahan-Bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 300gm tepung ubi
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan cili boh
  • 5 sudu makan serbuk kari 1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
  • Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
  • garam secukup rasa
  • ajinomoto penambah perisa
Cara:

Masukan kesemua bahan tadi kecuali margerin, gaul hingga semuanya sebati, kemudian masukan margerin tadi, uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.
Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput, buat hingga tepung habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.

Cadangan Hidangan:

Anggaran dalam 1 1/2kg jika ditimbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan