Jumaat, 6 Februari 2009

Kokoflakes Madu

Bahan-Bahan:

  • 50gm Mentega
  • 1 sudu Madu lebah
  • ¼ cawan gula pasir 50gm Kokocrunch (Nestle)
  • 150gm Cornflakes (Nestle)
  • Sugar Rice secukupnya
  • Paper Cup secukupnya
Cara:

  • Keramas Cornflakes dan Kokocrunch dalam satu mangkuk. Jangan terlalu hancur.
  • Cairkan mentega dalam kuali bersih dengan api kecil sahaja.
  • Selepas mentega cair, masukkan gula dan madu. Kacau sebati.
  • Biarkan mentega sehingga menjadi berbuih.
  • Apabila mentega telah menjadi buih, masukkan adunan kokokrunch dan cornflakes tadi ke dalam mentega dan gaul rata.
  • Masukkan adunan yang telah siap ke dalam paper cup. Taburkan sugar rice berwarna warni di atasnya.
  • Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar selama 10 minit agar adunan biskut kukuh.
Cadangan Hidangan:

Biskut kesukaan kanak-kanak
Mudah sangat. Cubalah!!!

Tambahan:

Kokokrunch dan conrflakes tidak dihadkan berapakah quantity yang diperlukan.
Cuma adalah lebih baik jika adunan dlam kuali kelihatan bersalut keseluruhannya menandakan cereal mencukupi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan