Jumaat, 6 Februari 2009

Tat Buah-buahan

Bahan-Bahan:

Untuk Krim Kastard:
  • 100 gm susu segar
  • 250 gm kuning telur
  • 100 gm tepung jagung
  • 225 gm gula
  • Buah-buahan secukupnya
(untuk hiasan) Untuk Doh Manis:
  • 250 gm mentega
  • 250 gm gula
  • 500 gm tepung
  • 2 biji telur
Cara:

Untuk membuat Doh Manis, pukul mentega & gula hingga kembang. Masukkan telur satu per satu & pukul lagi hingga rata. Akhir sekali masukkan tepung & uli hingga sebati sebelum didinginkan dalam peti sejuk. Ketepikan. Untuk membuat krim kastard, masukkan kesemua bahan krim ke dalam periuk & kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat. Bila sudah masak, dinginkan dalam peti sejuk. Untuk membuat kulit tat, doh tadi dicanai setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat. Kemudian letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil (petty tin) yang sudah digriskan sebelum dibakar selama 10 minit pada suhu 180C. Kulit tat yang sudah masak diisi dengan krim kastard sebelum dihiaskan dengan buah-buahan.

Tempeyek

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 sudu udang kering (ditumbuk atau dimesin halus)
  • 1 biji kelapa (diambil 2 cawan santan)
  • 100 gram ikan bilis besar (dibelah dua)
  • ½ kg kacang tanah
  • 2 sudu air kapur
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu ketumbar (ditumbuk separa hancur)
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara:

Tumbuk ketumbar separa hancur. Ayak tepung beras dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan jintan manis, ketumbar, udang kering, serbuk perasa , air kapur dan gaul hingga rata. Masukkan santan dan garam, dan kacau rata-rata. Sekiranya adunan agak pekat, tambahkan sedikit air. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng dengan nyalaan yang sederhana dan letakkan acuan tempeyek ke dalam kuali supaya panas. Kemudian angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tadi ke atas acuan yang telah dipanas. Kemudian letak kacang tanah dan ikan bilis dan goreng. Setelah garing, angkat dan toskan. Buat begini hingga selesai semuanya.

Cadangan Hidangan:

Sesuai hidangan ketika menonton dan minum petang selain daripada pada hari raya.

Tambahan:

Udang kering boleh digantikan dengan udang geragau.

Walnut Coklat Bulat

Bahan-Bahan:

  • 150 gm mentega
  • 150 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 200 gm tepung halus
  • 30 gm tepung suji
  • 40 gm walnut (dikisar halus) Bahan-bahan hiasan:
  • Coklat masakan (dicairkan)
  • Kacang walnut
Cara:

Putar mentega bersama gula halus hingga ia kembang. Masukkan telur bersama air, putar ia sebentar. Masukkan tepung halus bersama tepung jagung, tepung suji dan walnut. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Canai doh 4 mm tebal. Terap doh dengan acuan bulat atau sebarang bentuk pilihan. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Buat hingga habis doh. Bakar ia pada suhu 180C selama 20 minit. Biar ia sejuk. Ratakan sedikit coklat masakan pada permukaan biskut. Bubuh sebiji walnut di atasnya.

Tat Nanas Segi Tiga

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan kulit:
  • 300 gm mentega
  • 75 gm marjerin
  • 100 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan ayak:

  • 400 gm tepung halus
  • 100 gm tepung jagung
  • 100 gm tepung kastard Bahan-bahan inti:
  • 1 biji epal (dibuang kulit, dibersih, diparut dan disejat airnya)
  • 1 biji nanas (dibuang kulit, dibersih, diparut dan disejat airnya)
  • 150 gm gula pasir
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk pala
  • Bahan-bahan lain:
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
Cara:

Putar mentega bersama marjerin dan gula halus hingga ia kembang. Masukkan telur bersama esen vanila, putar hingga ia sebati. Masukkan Bahan-bahan diayak bersama. Uli hingga menjadi doh. Perap selama 30 minit. Canai doh setebal 5 mm. Terap dengan acuan bulat ukuran 6 cm. Letak sedikit inti di tengahnya. Kemudian lipat untuk menjadikannya tiga segi. Sapu sedikit telur di atasnya. Buat hingga habis doh dan inti. Susun doh di atas dulang pembakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 180C selama 20-30 minit. Untuk membuat bahan inti pula, satukan parutan epal bersama parutan nanas, gula pasir, mentega, serbuk kulit kayu manis dan serbuk pala di dalam periuk di atas api yang sederhana. Masak hingga pekat. Angkat dan biarkan sejuk.

Tat Strawberi

Bahan-Bahan:

  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula halus
  • 300 gm gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Pewarna merah dan hijau 50 gm bijan - bahan hiasan
  • 2 biji kuning telur - bahan hiasan
  • 500 gm strawberi - hancurkan (inti strawberi)
  • 200 gm gula - masak dengan gula sampai pekat (inti strawberi)
Cara:

Pukul mentega dengan gula hingga kembang sedikit masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum gaul hingga menjadi doh lembut. Ambil suku bahagian warnakan hijau dan selebihnya diwarnakan merah. Ambil sedikit adunan merah dileperkan, isi inti dan bentuk seperti strawberi, bentuk daun dengan adunan hijau dan lekatkan pada tampuk strawberi. Sampang dengan telur kuning, tabur bijan, bakar hingga masak.

Snicker Cornflakes

Bahan-Bahan:

  • 150gm Unsalted butter
  • 5~6 Coklat Snickers/Mars
  • 1 kotak cornflakes (separuh diramaskan.Jangan terlalu hancur)
Cara:

  • Masukkan Snickers/mars ke dalam periuk atas api yang perlahan.Ini nak mengelakkan coklat hangus. Bila dah cair sedikit masukkan butter.Cairkan.Sentiasa gaulkan supaya tidak hangus.
  • Setelah cair,masukkan cornflakes.Gaulkan hingga semua coklat melekat pada cornflakes.
  • Tutup api.masukkan cornflakes ke dalam paper cups dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
Tambahan:

Resepi ni memang simple dan sedap.Biskut boleh dihiaskan dengan gula manik atau apa sahaja yang disukai.

Popia Batang Buruk

Bahan-Bahan:

  • 1 paket kulit popia
  • 1 paket tepung kacang hijau Gula halus
  • Minyak masak
  • Putih telur
Cara:

Goreng tepung kacang tanpa minyak hingga kekuningan. Setelah diangkat, campur dengan gula halus dan gaul hingga sebati. Potong kulit popia kecil-kecil dan gulung. Sapu putih telur supaya gulungan itu melekat.Kemudian goreng sehingga kekuningan. Setelah sejuk, campur dengan tepung kacang hijau yang dicampur gula tadi.

Cadangan Hidangan:

Hidangkan pada pagi hari raya untuk 10 orang.

Tambahan:

Elakkan kulit popia terdedah di kawasan kering supaya tidak susah untuk menggulungnya.

Munchy Chocolate

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk kecil koko
  • ¾ mangkuk kecil madu
  • ¾ mangkuk kecil gula kastor
  • 3 sudu besar mentega
  • nestle cornflakes(secukupnya)
  • hiasan:
  • badam hancur
Cara:

panaskan mentega hingga cair,kemudian masukkan madu dan gula.Kacau sehinnga gula cair.Kemudian masukkan koko dan kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan nestle cornflakes secukupnya dan kacau sehingga kesemua bahan tadi menyaluti nestle cornflakes. setelah siap angkatkan bahan tadi dan masukkan kedalam mangkuk kertas secepatnya.Kemudian taburkan badam hancur keatas acuan tersebut.

Tambahan:

hiasan boleh di tukar dengan hiasan yang lain.

Milo / Coco Crunch Coklat Rangup

Bahan-Bahan:

  • 1 kotak milo crunch atau cococrunch
  • cooking choclate 1 bungkus
  • Paper cup
  • manik gula
Cara:

Cukup mudah. cairkan cooking coklat secara boiling water. Sediakan paper cup dan letakkan milo crunch. Bila coklat cair, kaut dengan sudu dan curahkan di atas milo crunch sekadar perlu (biar coklat melekat pada setiap pisahan milocrunch agar ia melekat satu sama lain ketika sejuk). Sejukkan pada suhu bilik.

Cadangan Hidangan:

Tabur manik gula berwarna agar ia lebih menyerlah.

Tambahan:

Satu paper cup cuma letak 3 - 5 biji milo/coco crunch bergantung kepada saiz paper cup, untuk elak pembaziran coklat. Simpan dalam balang kedap udara.

Kuih Siput

Bahan-Bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 300gm tepung ubi
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan cili boh
  • 5 sudu makan serbuk kari 1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
  • Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
  • garam secukup rasa
  • ajinomoto penambah perisa
Cara:

Masukan kesemua bahan tadi kecuali margerin, gaul hingga semuanya sebati, kemudian masukan margerin tadi, uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.
Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput, buat hingga tepung habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.

Cadangan Hidangan:

Anggaran dalam 1 1/2kg jika ditimbang.

Kokoflakes Madu

Bahan-Bahan:

  • 50gm Mentega
  • 1 sudu Madu lebah
  • ¼ cawan gula pasir 50gm Kokocrunch (Nestle)
  • 150gm Cornflakes (Nestle)
  • Sugar Rice secukupnya
  • Paper Cup secukupnya
Cara:

  • Keramas Cornflakes dan Kokocrunch dalam satu mangkuk. Jangan terlalu hancur.
  • Cairkan mentega dalam kuali bersih dengan api kecil sahaja.
  • Selepas mentega cair, masukkan gula dan madu. Kacau sebati.
  • Biarkan mentega sehingga menjadi berbuih.
  • Apabila mentega telah menjadi buih, masukkan adunan kokokrunch dan cornflakes tadi ke dalam mentega dan gaul rata.
  • Masukkan adunan yang telah siap ke dalam paper cup. Taburkan sugar rice berwarna warni di atasnya.
  • Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar selama 10 minit agar adunan biskut kukuh.
Cadangan Hidangan:

Biskut kesukaan kanak-kanak
Mudah sangat. Cubalah!!!

Tambahan:

Kokokrunch dan conrflakes tidak dihadkan berapakah quantity yang diperlukan.
Cuma adalah lebih baik jika adunan dlam kuali kelihatan bersalut keseluruhannya menandakan cereal mencukupi

Conflakes Choclate

Bahan-Bahan:

  • 1kotak conflakes
  • 1papan choclate masakan
  • 2s/b pure vegetable shortening
  • 1papan white choclate(hiasan)
Cara:

panaskan choclate itu hingga cair dan setelah itu masukan bersama pure vegetable shortening kedalam dan gaul hingga sebati.setelah selesai tuangkan campuran choclate itu tadi kedlm conflakes dan gaul hingga sebati.selepas itu masukan kedlm mangkuk dengan menggunakan sudu.sementara itu cairkan white choclate.setelah cair masukan kedlm pumping tube dan hiaslah diatas conflake choclate itu tadi.

Cadangan Hidangan:

tunggu hingga conflake choclate dan hiasan white choclate itu kering dgn sendirinya barulah boleh dimakan @ disimpan kedlm tupperware.

Tambahan:

jangan buat dibawah kipas angin dan ketika gaulkan choclate bersama conflakes haruslah dibuat dengan cepat supaya choclate tidak keras.pure vegetable shortening itu boleh ditambah ikut suka kerana itu hanyalah utk mengilatkan lagi choclate anda.

Chocolate Chip

Bahan-bahan :

  • 250 gm buttercup
  • 200 gm gula perang
  • 100 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 100 gm badam cincang
  • 200 gm chocolate chip
  • 1 biji telur
  • 1 camca the vanilla
  • 60 gm susu tepung nespray

Cara-cara :

  • butter dan gula perang dikacau hingga sebati. Masukkan
  • telur, tepung jagung, tepung naik sendiri, susu tepung
  • dan vanilla. Kemudian gaul hingga rata. Akhir sekali
  • masukkan badam dan chocolate chip. Cara penyediaan
  • terpulang pada kretiviti masing2.
  • selamat mencuba...

Biskut Quaker Oats

Bahan-bahan :

  • 1 tin Quaker Oats (sederhana)
  • 1 tin kelapa parut kering
  • ½ sudu baking soda Margerine
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan gula
  • Ceri merah & hijau untuk hiasan - potong kiub kecil

Cara-cara :

  • Kelapa parut, baking soda dan quaker oats digaul sebati.
  • Masukkan telur dan gula dan gaul rata.
  • Lembutkan adunan dengan margerine.
  • Ambil sedikit adunan dan dibulatkan seperti guli.
  • Susun dalam dulang pembakar dan hiaskan dengan ceri.
  • Bakar 10- 15 minit